Assalamualaikum kpd semua...

Disini ana hendak mengajak semua termasuk diri ana untuk menelusuri kisah hidup seorang wanita sufi yang sentiasa hidup dalam keadaan zuhud dan serba kekurangan namun dirinya tidak pernah kekurangan dari segi cintanya kepada Allah dan cinta Allah kpd-Nya. Subhanallah...
Ana rasa kebanyakan muslimin dan muslimat tahu tentang kisah muslimah ini namun berapa ramai sahaja yg menjadikannya sebagai pedoman, iktibar dan panduan dalam hidup kita terutama bagi mereka yg mengaku ana muslimah...

Marilah kita hayati bersama kehidupannya sbg suatu tarbiyah bt diri kita...



sejak lahir lagi beliau telah disambut dengan kesusahan
hidup keluarganya yg tidak putus-putus...
namun berkat didikan aqidah dan akhlak islam yg sebenar
yg telah diberikan oleh ayahnya, beliau dpt meneruskan hidup
walau dalam apa keadaan sekalipun dan beliau telah biasa hidup sendirian sejak kecil lagi sejak kedua orang tua yg dicintaimya
pergi menyahut panggilan Ilahi...
Selepas itu Allah ingin mengujinya lagi dengan menjadikan
dirinya menjadi org yg asing dinegeri yg asing.

Semasa rabi'ah remaja kehidupannya tidak sama dgn remaja yg lain dan x sama spt remaja di zaman kini, beliau telah diculik oleh org jahat dan dijual dgn harga 6 dirham dan kemudiannya telah dibeli dan dijadikan hamba dan jg pekerja. rabi'ah terpaksa melakukan kerja2 yg berat hingga menjadikan dirinya lemah, penat dan sedih dan terancam sewaktu membut pekerjaannya.

Pernah suatu ketika Rabi'ah dikejar oleh org asing hingga dia terjatuh dan tangannya tergeliat sehingga beliau merasa ptus asa lalu menangis
dan menghantukkan kepalanya ketanah smbil berkata
''Ya Allah aku adalah org asing di negeri yg asing tidak berbapa dan beribu. seorang twanan yg tersiksa dan cadera. namun semua itu tidak membuat ku sedih kerana Kau masih ada bersamaku. apa yg aku harapkan ialah agar aku dpat melakukan semua suruhan-Mu... dan kau tuhan yg maha memperkenankan pinta.

setelah selesai dia berdoa tiba2 muncul satu suara yg mengatakan bhwa dia tidak perlu sedih krana suatu masa nanti beliau akan menjadi seorg yg sangt mulia disisi Allah sehingga malaikat pun mencemburuinya...


...............Bersambung...........






Ya Allah tenangkanlah hatiku
tika aku senang atau susah
bersihkanlah hatiku
sucikanlah ia dengan nur hidayah-Mu
jgn Engkau birkan ia hitam dan kotor
dengan debu-debu dosa
dengan sifat-sifat jahiliyyah yg tersembunyi
hanya kau yg tahu bagaimana keadaan hatiku
aku pasti tika ini
hatiku sedang tenat, sarat
dengan titik-titik hitam mazmumah
yg semakin menebal

ampunkan aku wahai tuhanku
maafkan aku wahai hatiku
kerna diri yg hina ini telah mengotorkan hatiku ini

Ya Allah setiap kali aku menyesali
akan khilafku ini
maka aku
selalu meminta agar diberikan hati yg baru
kepada insan faqir ini

namun aku bimbang
pabila kau berikan aku hati yg baru
aku hanya akan mengotorinya semula

akhirnya aku hanya akan
mengundang kemarahan dari-Mu Ya Rabb

kini baru aku sedari
sepatutnya aku bersyukur
kerna dikurniakan hatiku

Ya Allah bersihkanlah hatiku semula
dan bantulah aku agar sentiasa
mengingati dan manyebut nama-Mu
wahai kekasih sejatiku
agar hatiku dipenuhi cinta dan nur daripada-Mu
Ya ILAHI