persoalan ini kerapkali timbul apabila imtihan, test, final exam, peperiksaan atau istilah yang seumpama dengannya semakin dekat.

kemanakah hilangnya tradisi membaca??? sudah ditelan oleh laptop yang canggihkah??? sudah tersimpan erat disebalik helaian mukasurat buku yang tebalkah??? atau hanya muncul apabila imtihan semakin atau esok nak imtihan baru nak membaca...??? tafakur sebentar, tanya akal yang boleh berfikir dan akhirnya tanya iman di hati.

sama-samalah kita koreksi diri kita dan perbetulkan amalan rutin kita yang hanya belajar kerana imtihan padahal belajar kerana berjihad,berjihad untuk mencari ilmu, mencari ilmu kerana nak mencari keredhaan dari Allah S.W.T. semuanya berkait-kait dan menentukan masa depan dan hidup kita.

senario yang kita lihat di sekolah atau IPT-IPT sekarang kebanyakan pelajar belajar kerana imtihan atau nak exam. bila exam barulah buku yang tebal dibelek-belek. tapi itu pun baca atau menghafal dan bukan nak memahami. baca sebab periksa atau exam. jadi lepas exam ilmu yang dibaca terus hilang.

betulkah konsep ini??? inikah konsep yang Rasulullah ajarkan kepada umatnya... inikah yang diwahyukan oleh Allah.

pernahkah kita terfikir mengapa ayat pertama yang di wahyukan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah IQRA' yang bermaksud bacalah... bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Mencipta...( surah al-'Alaq 96:1)

untuk mendapatkan pelbagai ilmu pengatahuan perlulah kepada pembacaan jika tidak dari mana kita dapat ilmu tersebut. jika nak dikatakan dari guru yang mursyid, guru itu pun kena membaca juga... samalah juga dengan al-Quran. jika al-Quran hanya dijadikan perhiasan atau sebagai kebanggan yang akhirnya akan menjadikan seseorang bongkak ...cth " rumah ana ada 10 al-Quran"... "eh ana pun ada juga" namun tidak pernah di baca. sedihnya...

pernahkah anda terfikir jika Rasulullah dan para sahabat hanya membaca dan menghafal kemudian ayat al-Quran dan hadis yang di perolehi dilupakan, maka adakah boleh al-Quran dan hadis itu sampai kepada kita.

itulah betapa lemahnya kita umat akhir zaman. para penuntut ilmu pada zaman Rasulullah dahulu sanggup mengembara, berhijrah dan merantau hanya untuk mencari dan mempelajari ilmu. namun kita kini ilmu sudah tersedia di depan mata hanya perlu tunggu kita membuka buku dan membaca...

persoalannya disini mengapa apabila nak imtihan baru buku di buka dan dibaca padahal menuntut ilmu adalah setiap masa bagi kita orang yang mencari ilmu dan masih belajar.

Ana pun takut dan bimbang apabila setiap kali nak exam kerna ana takut ilmu yang ana pelajari akan hilang apabila selesai imtihan. nauzubillah minta dijauhkan oleh Allah dan ana mohon agar ilmu yang ana dapat adalah ilmu yang berguna, diredhai, dan diberkati oleh Allah serta kekal selama-lamanya.

yang penting belajar kerana Allah bukan kerana nak dapat pointer tinggi...

dan ingat niat x menghalalkan cara...

nasihat buat semua pelajar yang akan menduduki imtihan akhir sem dan untuk semua muslimin dan muslimat sekalian yg ana kasihi dan untuk diri ana juga...

insanfaqir




Menghitung hari..
Tahun berganti tahun
Bulan bersilih bulan
Hari bertukar hari
Jam.. minit.. saat mengikut putaran alam..
Seakan rasa baru semalam diri ini bertambah usia..Kini, bakal bertambah lagi angka umurku
Ya Allah,
Cepatnya masa berlalu
Persis ku telah meniti titian kehidupan berliku
Walau ombak datang membadai
Walau apa jua rintangan yang menghunjam
Kukentalkan pendirianku
Kukejapkan iman di kalbuku
Kuteruskan langkah perjuanganku…
Ya Muqtadir,
Kemanisan yang dikecapi tersirat kisah keperitan
Kelapangan dalam kesibukan yang bertalu
Kesenangan dijahit nan disulam kesusahan
yang menimpa
Semua itu sudah tertulis Qada’ dan Qadar
tiada kuasa yang mampu menghalangNYA
Ya Rahman, Ya Rahim..
Jendela baru bakal dikunjungi
meninggalkan tirai yang usang berlalu pergi
moga diriku rancak menyiram taman hati sahabiah
memurnikan sanubari keimanan
sambil menabur benih semaian di taman hati ini
kusisip tarbiyah dan tazkirah seiringan
kukutip mutiara dalam menongkah bahtera
kembaraku
agar mekar mewangi bersama kalungan
munajatku..
Ya Karim.. Ya Zal Jalali wal Ikram..
Ku hanya menumpang kasihMU
Atas nikmat yang tak terperi lagi terhitung
Ku akui kekerdilan diri ini
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya
PadaMU kurintih
teguhkan amanah ad-deen di bahuku
berikan nafas pada hatiku yang layu
moga ku senantiasa menikmati taqarubbillah
tawaduk dan istiqomah di jalanMU..
Ya Mujib.. Ya Fattah..
selamat berjuang untuk diriku hingga ke titik
noktah..
antara cita-cita dan impian yang belum tertunai
wasilah dakwah yang didambakan
perjuangan yang belum selesai
ALLAhu AKhbar !!!
dari Allah kita datang
kepadaNya jua kita kembali …