salam maulidur Rasul buat semua muslim...


nak mesej tarbiyah ??? klik sini








as a servant i know n realise that i'am a humble servant n always make mistake
sometimes i'm forgot wht is my prinsip
forgive me Allah coz i'm a dhoif n faqir human
just one thing that i wish to u.
dont ever leave me alone without any guide
from u Allah...


salam buat semua saudara seislam sekalian.
apa yg ditulis hanya sebagai ingatan kepada semua wlaupun ana tahu kebanyakannya telah tahu dan ada yang menjadikan wasiat ini sebagai panduan dalam hidup namun kita adalah manusia yang sentiasa x lari dari melakukan kesilapan dan khilaf serta perlu saling ingat mengingatkan. semoga kita sama2 menjadikannya sebagai panduan kita sehingga akhir hayat kita. kerana wasiat ini bukan dari mnusia yg serba kekurangan seperti kita semua dan ana tapi dari Allah yg Maha Sempurna kepada kekasihNya Nabi Muhammad dan kepada hambaNya sekalian. sama2lah kita renungi, hayati, amalkan, jadikan sebagai pegangan dan panduan serta ambil ibrah daripadanya...




Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.



· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."





salam...

pernahkah anda makan melalui hati. apakah makna makan melalui hati? makan hati ke? makan dengan hati ke apa?

makan melalui hati adalah bermakna apabila kita makan sesuatu kita merasanya melalui hati iaitu mengingati siapa yg
memberinya atau bagaimana kita dapat makanan tu.makanan juga akan menjadi amat bermakna terutama apabila kita mengetahui kehalalannya.

"ini pengalaman diriku sendiri. apabila angah(gelaran dirumah) makan melalui hati pisang yang dimakan tapi rasa seperti kek.ini semua kerana angah makan sambil teringat siapa yang berikannya, siapa yang tanam, untuk apa diberi dan untuk siapa dlln."


sebenarnya kisah ni dah lama berlaku tapi baru sekarang teringat...
kisahnya macam ni...

biasalah kan bila seorang anak yg nak balik ke hostel semula untuk belajar pasti dibekalkan sesuatu tidak kira samada makanan, duit dan sebagainya. ini amalan mak yang angah amat terharu kerana walauapapun mak tetap beri bekal sebab x nak anaknya balik dengan tngan kosong. bagi angah ada atau xde angah x kisah sebab angah faham situasi dan keadaan keluarga angah. namun perasaan seorang ibu berbeza. jika nak tau kena jadi seorang ibu dulu...emak sufiah(pelajar genius yg kecundang) pernah beritahu pada seseorang yang minta tips dan cara utk nak didik anak sampai leh jadi cemerlang dan tau x apa jawapan mak sufiah... dia tanya balik "awak dah ada anak ke?" kalau xde kena ada anak dulu barulah tanya saya balik" jadi betullah kan kita xkan dapat ketahui sesuatu sehinggalah kita mengalaminya sendiri kan2...





k jadi pada satu masa angah x tau mak belkalkan ape sebab nak cepat jadi apabila balik kat asrama baru tau mak belakalkan nasi n lauk dan pisang. pada mulanya pelik sebab pisang bukan buah yang menjadi minat angah sangat2 tapi sukalah juga sebab sedap n abnyak khasiat. tapi bila angah fkir2 balik baru anagha terfikir mungkin mak xde apa nak beri dan x tau kenapa anagh rasa bersyukur sangat2 sebab dapatmakan pisang tu sampai rasa pisang macam kek plak. sedap dan rasa mengenyangkan sehingga buatkan angah x makan apa2 dah lepas tu untuk aritu...hehe bestnya makan melalui hati.


masa makan mestilah ingat mak dan teringat kat ayah yang tanam pisang tu. pastu teringat kat orang yg x dapat makan dan waktu tu rasa bersyukur sangt2.

itulah salah satu nikmat Allah yg kita xsedar. klau bagi orang kaya atau senang pasti pelik dengar cite angh ni tapi anagh x kisah orang nak cakap apa sebab orang x rasa apa yang angah rasakan...kesusahan mengajar erti sebenar kehidupan...

insanfaqir@angah